LATIHAN 1
Bina ayat daripada perkataan berikut:
1. Jalan 6. Kontang-kanting 11. Lipat ganda
2. Merangkak 7. Terima kasih 12. Urus niaga
3.Berputar-putar 8. Kering-kontang 13. Selerak
4. Tolak ansur 9. Teresak-esak 14. Memukul
5.Berpecah-belah 10. Sahut-sahutan. 15. Bergemuruh
Latihan 2
Kenal pasti ayat berikut sama ada kata kerja tunggal, terbitan, majmuk atau ganda.
1.Paut 6. Pecah-belah 11. Diperlakukan
2.Mudah alih 7. Bergaduh 12. Latar Belakang
3.Terjah 8. Kemas kini 13. Keretap
4.Gotong-royong 9. Kenal pasti
5.Berpecah 10. Campur aduk
Latihan 3
Baca petikan di bawah dan kenal pasti kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.
Adila berjalan-jalan di rumah Hanis sambil membawa seikat pisang dan telefon mudah alih. Mereka jalan di tepi jalan dan ternampak Azli yang sedang memancing ikan. Azli kemudian memberikan seekor ikan kepada Fatin dan meminta emak Fatin goreng ikan tersebut. Firdaus kemudian bergegas meninggalkan Fatin yang terpinga-pinga tanpa mengucapkan terima kasih. Hidayu dan Haziq yang sedang menari-nari di rumah terkejut melihat Fatin yang berlari laju. Arif yang sedang bermain bersama-sama Rahim juga terkejut. Fatin pun sampai ke rumah dan memberikan ikan tersebut kepada emaknya, Artika. Farid dan Syazliana, adik kepada Fatin sedang bergaduh. Kakak Fatin, Sahida jentik telinga Farid dan Syazliana hingga mereka menangis teresak-esak. Aqilah yang baru pulang bercuti dari Kuala Selangor ternampak Noralina sedang memanjat pokok rambutan untuk mencuri buah tersebut. Aqilah kemudian memberitahu pemilik pokok tersebut iaitu Pak cik Nazimuddin. Pak cik Nazimuddin mengucapkan terima kasih kepada Adila.